Sains dan teknologi Thailand

Agensi Pembangunan Sains dan Teknologi Negara merupakan agensi kerajaan Thai yang menyokong usaha penyelidikan dalam sains dan teknologi serta penggunaanya dalam ekonomi Thai.[43]

Synchrotron Light Research Institute (SLRI) merupakan punca cahaya sinkotron bagi usaha fizik, kimia, sains bahan dan sains hidupan Thai yang terletak di Universiti Teknologi Suranaree (SUT) di Nakhon Ratchasima, di timur laut Bangkok. Institut yang dibiayai oleh Kementerian Sains dan Teknologi ini menempatkan satu-satunya sinkotron skala besar di Asia Tenggara. Mula-mula ia dibina di sinkotron SORTEC di lalu dipindahkan ke Thailand dan diubah suai untuk operasi 1.2 GeV. Ia memberikan bekalan cahaya berjadual tetap kepada pengguna.300 kilometer (190 batu)

Internet

Di Bangkok ada 23,000 hospot Wi-Fi awam percuma.[44] Kemudahan Internet di Thailand merangkumi talian-talian optik gentian berkelajuan tinggi 10 Gbit/s yang boleh disewakan dan ISP-ISP seperti KIRZ yang menyediakan perkhidmatan Internet perumahan.

Bahan Internet ditapis oleh kerajaan Thai, maka sesetengah tapak web tidak dapat dicapai.[45] Penapisan dilakukan oleh Polis Diraja Thai, Lembaga Komunikasi Thai, dan Kementerian Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Rujukan

WikiPedia: Thailand http://asiapacific.anu.edu.au/newmandala/2014/05/1... http://rspas.anu.edu.au/pah/human_rights/papers/20... http://www.ctv.ca/servlet/ArticleNews/story/CTVNew... http://asian-efl-journal.com/quarterly-journal/201... http://www.asiasentinel.com/politics/thailands-mas... http://www.bangkokpost.com/learning/learning-from-... http://www.bangkokpost.com/print/421966/ http://www.britannica.com/EBchecked/topic/589625/T... http://www.britannica.com/blackhistory/article-241... http://www.foxnews.com/story/0,2933,214562,00.html